Header Ads

1,065 Bot Nelayan Asing Ditahan Dan Diperiksa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

http://newdwest.blogspot.com/2018/06/1065-bot-nelayan-asing-ditahan-dan.html

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,065 bot nelayan asing ditahan dan diperiksa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sepanjang Op Khas Pagar Laut dijalankan bermula 22 Mei lalu.

Ketua Pengarah APMM Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata daripada jumlah itu seramai 48 individu ditahan atas pelbagai kesalahan.

“APMM akan melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan terhadap pencuri hasil laut negara.

“Ini dapat dilihat dengan konsisten apabila APMM menahan lebih 10 bot nelayan asing Vietnam yang menceroboh masuk pantai Timur sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Zulkifli berkata, kejayaan ini amat bermakna buat pegawai dan anggota APMM yang terbabit dalam operasi penguatkuasaan yang menjalankan tanggungjawab tidak mengira siang dan malam.

“Selain pemeriksaan bot nelayan asing, APMM juga berjaya mematahkan beberapa siri penyeludupan di kawasan perairan negara.

“Terbaru APMM berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis methamphetamine ataupun syabu seberat 401 kilogram dengan nilai sebanyak RM29 juta di Kuala Perlis,” katanya.

Menurutnya, usaha memerangi bot nelayan asing dan penyeludupan di negara ini akan dilaksanakan tanpa henti.

“APMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang ditetapkan,” katanya.-hmetro

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.