Header Ads

Menarik!!Majoriti Penduduk Malaysia Punyai Darah Kumpulan O


http://newdwest.blogspot.com/2018/06/menarikmajoriti-penduduk-malaysia.html
Gambar Sekadar Hiasan

KUALA LUMPUR – Pusat Darah Negara (PDN) merekodkan 180,651 penderma darah pada tahun lepas berbanding 180,052 penderma pada tahun 2016 , kata pengarahnya, Dr. Noryati Abu Amin.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 82,619 adalah penderma baharu pada tahun lepas berbanding 76,213 penderma baharu tahun sebelumnya yang menunjukkan peningkatan positif bagi memenuhi keperluan pesakit di seluruh hospital di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negara.

“Di Malaysia, majoriti penduduk kita mempunyai darah dari jenis kumpulan O, diikuti A dan B dan paling sedikit ialah darah jenis AB.

“Ada dua jenis pendermaan darah yang dijalankan di PDN, satunya adalah pendermaan komponen penuh darah atau ‘whole blood‘ iaitu setiap tiga bulan sekali, manakala satu lagi jenis pendermaan ialah ‘aferesis‘ iaitu secara sistem temu janji,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Beliau berkata pendermaan aferesis adalah pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet atau pun kedua-duanya sekali, di mana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Dr. Noryati berkata permintaan darah dari hospital di seluruh negara secara puratanya memerlukan sekitar 2,000 unit beg sehari dan permintaan darah bagi hospital di Lembah Klang pula adalah kira-kira 500 unit beg sehari.

Bagaimanapun, katanya, bekalan darah akan menurun dari paras selamat iaitu di bawah 3,000 unit beg darah sehari di seluruh negara menjelang musim perayaan dan cuti sekolah.

“PDN sentiasa memastikan stok bekalan darah sentiasa mencukupi pada setiap musim perayaan dengan mempertingkatkan kempen derma darah di lokasi sesuai seperti di kompleks membeli belah dan masjid-masjid.

“Selain itu, PDN juga akan akan terus bekerjasama dengan penganjur kempen darah antaranya ialah Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara), badan bukan kerajaan, Prasarana Malaysia Berhad dan Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd.,” katanya.

Beliau berkata permintaan untuk penggunaan darah mengalami peningkatan berikutan pertambahan bilangan pesakit, perkembangan teknologi perubatan dan perkhidmatan kepakaran yang ditawarkan oleh hospital-hospital di seluruh negara.

http://newdwest.blogspot.com/2018/06/menarikmajoriti-penduduk-malaysia.html


Sehubungan itu, orang ramai diminta menderma darah sama ada di PDN di Jalan Tun Razak di sini atau di mana-mana hospital kerajaan di seluruh negara demi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi pada setiap masa, katanya. – BERNAMA


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.