Header Ads

Aidilfitri: Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus RM1,000


http://newdwest.blogspot.com/2018/06/aidilfitri-penjawat-awam-pulau-pinang.html
Gambar Sekadar Hiasan
GEORGE TOWN, 5 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini
mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri sebanyak
RM1,000 kepada sejumlah 3,600 penjawat awam negeri.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pembayaran bonus itu akan dibuat
pada Rabu depan bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat
persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan minggu depan.

"Pemberian bonus ini akan melibatkan sejumlah RM3.6 juta dan semoga
bantuan khas ini dapat membantu dalam persiapan perayaan kali ini,"
katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam
di sini hari ini.

Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan
Undangan Negeri Datuk Law Choo Kiang, Timbalan Ketua Menteri I Datuk
Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P.
Ramasamy, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus dan semua
barisan exco kerajaan negeri.


Artikel Penuh Sila Layari : BERNAMA.com - Aidilfitri: Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus RM1,000

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.