Header Ads

Kejayaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Dapat Pujian Oleh Ketua Menteri Sabah 2018


http://newdwest.blogspot.com/2018/05/kejayaan-dewan-bandaraya-kota-kinabalu.html
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU, 27 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memuji Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atas kejayaannya memulihara kebersihan Pasar Besar Kota Kinabalu.

Dalam kenyataan selepas membuat lawatan mengejut ke pasar itu di sini hari ini, Mohd Shafie berkata seluruh bandar raya ini juga perlu dipastikan sentiasa berkeadaan bersih kerana Kota Kinabalu kini merupakan sebuah destinasi pelancongan popular.

"Kita tidak mahu pelancong dan malah, rakyat Sabah sendiri, terpaksa berjalan meredah sampah sarap yang bertimbun dan berbau busuk kerana ini tentunya memberi gambaran yang tidak baik," katanya.

Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa menjaga kebersihan bandar raya ini bukan menjadi tanggungjawab pihak berkuasa berkenaan semata-mata, tetapi juga oleh semua pihak.

Mohd Shafie juga meminta Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai memastikan keutamaan diberi terhadap usaha memelihara kebersihan dan keselamtan bandar raya ini.

Beliau berkata, tong sampah perlu disediakan dengan secukupnya dan di tempat strategik di pasar berkenaan bagi memudahkan peniaga dan pelanggan membuang sampah.

Mohd Shafie juga mengingatkan agar pantai serta laut tidak dijadikan tempat membuang sampah kerana sampah yang dihanyutkan akan mencemarkan pantai lain, termasuk di Tanjung Aru dan Likas.

http://newdwest.blogspot.com/2018/05/kejayaan-dewan-bandaraya-kota-kinabalu.html
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
"DBKK perlu bertindak pantas dalam menghukum pesalah sekiranya nasihat agar kebersihan bandar raya ini sentiasa dijaga, tidak dihiraukan," kata beliau..-BERNAMA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.