Header Ads

Ditahan !!! Polis Tahan 17 Remaja Belasah Lelaki Sampai Mati

http://newdwest.blogspot.com/2018/05/ditahan-polis-tahan-17-remaja-belasah.html

KUALA LUMPUR 22 Mei - Polis menahan 17 remaja manakala 16 lagi masih diburu berhubung kematian seorang pemuda yang dibelasah hingga mati berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Melati, di sini kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 17 hingga 20 tahun dan tiga daripadanya merupakan perempuan.

"Dua daripada mereka didapati positif dadah dan mereka ditahan reman bermula kelmarin hingga Sabtu untuk disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Menurut Mazlan, hasil siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara kumpulan motosikal mangsa dan suspek pada minggu lalu di Taman Tasik Titiwangsa, dekat sini.

"Kedua-dua kumpulan kemudian bersetuju untuk bertemu semula awal pagi kelmarin di pekarangan kawasan letak kereta sebuah stesen minyak di Taman Melati, dekat sini, sebelum pergaduhan tercetus kira-kira pukul 4 pagi," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi. - UTUSAN ONLINE.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.