Header Ads

SPRM Cari 2 Individu Bantu Kes SRC International


http://newdwest.blogspot.com/2018/06/sprm-cari-2-individu-bantu-kes-src.html

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu yang dipercayai telah melarikan diri ke luar negara bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn. Bhd.

SPRM dalam kenyataan berkata individu berkenaan dikenali sebagai Mohamed Redzuan
Adamshah, 43, bernombor kad pengenalan 750204-07-5323 dengan alamat terakhir di No 1E, Cresent Court Apartment, Tingkat 1, Lengkok Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.

Seorang lagi individu dikenali sebagai Toh Lean Seng, 45, dengan nombor kad pengenalan 730904-07-5131 dengan alamat terakhir di 15-1, 231 TR Service Apartment 231, Jalan Tun Razak, 50490, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Rosli Husain di talian 03-8870 0529 atau 010-3187757 atau e-mel kepada roslihusain@sprm.gov.my. – BERNAMA


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.