Header Ads

Pecah Amanah!!Bekas Pegawai Kanan FELDA DiPenjara


https://newdwest.blogspot.com/2018/06/pecah-amanahbekas-pegawai-kanan-felda.html
Gambar Sekadar Hiasan

Dua bekas pegawai kanan FELDA dijel


DUA bekas pegawai kanan FELDA masing-masing dipenjara lima tahun dan dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah wang agensi itu berjumlah RM47.6 juta dan bersubahat, empat tahun lalu.

Hakim Allaudeen Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik, Muhammad Sufi Mahbub, 54, dan bekas Pengarah Besar, Datuk Faizoull Ahmad, 58, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pecah amanah pertama dan kedua, Muhammad Sufi dihukum penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan, namun mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Begitu juga bagi pertuduhan bersubahat pertama dan kedua yang dihadapi Faizoull, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara masing-masing dua tahun.

Bagaimanapun kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sufi didakwa sebagai orang yang sudah diamanahkan penguasaan ke atas dana FELDA, melakukan pecah amanah dengan melupus dan meluluskan pembayaran RM25,999,000 dan RM21,625,500 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Tender FELDA.

Kelulusan itu dibuat menerusi perjanjian Technology Transfer and Supply Agreement dan Design-Build Contract Agreement dengan I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd melalui FELDA Caviartive Sdn Bhd.

Pertuduhan terhadap bapa empat anak itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Faizoull pula didakwa bersubahat dengan Muhammad Sufi untuk melakukan perbuatan itu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 109 kanun sama dan dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman serupa.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Bangunan Wisma FELDA, Jalan Perumahan Gurney, di sini antara 13 Januari dan 23 Julai 2014.-Hmetro

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.