Header Ads

Pembayaran Fasa Ke-2 Bantuan Sara Hidup Rakyat


http://newdwest.blogspot.com/2018/06/pembayaran-fasa-ke-2-bantuan-sara-hidup.html

Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) peringkat kedua yang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibuat pada hari ini mengikut peringkat,Seramai 4.1 Juta penerima yang layak menikmati pembayaran yang dikreditkan teus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.

Pembayaran RM400 untuk kategori isi rumah dan senarai e-Kasih dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, termasuk warga emas.

Manakala bagi Kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 pula bakal menerima bayaran RM300.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pembayaran itu membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

“Kerajaan berharap dengan pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti.”

Mungkin Anda Boleh Lawati Link Dibawah:-
  • Semak Status Permohonan Bantuan Sara Hidup 
  •  Hubungi Pejabat Bantuan Sara Hidup Rakyat


  • Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.