Header Ads

Datuk Seri Salleh Said Keruak Dilantik Jalankan Tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah


KOTA KINABALU 4 Jun - Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas-tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah bagi menggantikan Tan Sri Musa Aman untuk tempoh tertentu.

http://newdwest.blogspot.com/2018/06/datuk-seri-salleh-said-keruak-dilantik.htmlNaib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tanggungjawab itu diberikan bagi memberi peluang kepada Musa untuk fokus terhadap isu perundangan yang dihadapinya.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat dengan melihat kepada keperluan bagi menyelesaikan masalah yang wujud dalam parti.

“Salleh Said Keruak akan menjalankan tugas-tugas itu kerana kita yakin Musa akan memfokuskan kepada isu perundangan yang ditangani terutama petisyen pilihan raya.

“Ini keputusan yang kita buat untuk masa ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis Perjumpaan Bersama Perwakilan Negeri dan Majlis Iftar Ramadan bersama pemimpin-pemimpin UMNO negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh Boleh lawati Di: UTUSAN ONLINE,
Salleh jalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.