Header Ads

Tun Juhar Buat Laporan Polis Terhadap Musa


http://newdwest.blogspot.com/2018/05/tun-juhar-buat-laporan-polis-terhadap.html
Tun Juhar Mahiruddin
KOTA KINABALU 20 Mei - Keadaan politik di negeri ini semakin panas apabila Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan mengenai laporan terbabit namun, beliau enggan menggulas lanjut.

“Benar, kami menerima laporan berhubung perkara ini tetapi maaf setakat ini tiada sebarang kenyataan akan diberikan,” katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, laporan polis tersebut adalah susulan daripada tindakan Musa pada Khamis lalu yang menfailkan writ saman bagi mengekalkan jawatan Ketua Menteri disandangnya selepas mengangkat sumpah di Istana Negeri di sini, 10 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.