Header Ads

Mesteri!!Doktor Temui Ganja Dalam Perut Dan Alat Sulit Wanita


http://newdwest.blogspot.com/2018/05/mesteridoktor-temui-ganja-dalam-perut.html

MENGEJUTKAN…doktor di sebuah hospital di Mexico menemui sekilo ganja dalam perut dan alat sulit seorang wanita selepas wanita itu mengadu dia mengandung dan bayi dalam kandungannya tidak bergerak.

Wanita yang dinamakan sebagai Gloria C., 37, mengadu sakit perut dan memberitahu doktor bahawa dia tidak merasakan pergerakan bayi dalam kandungan.

Apabila doktor gagal mengesan denyutan jantung bayi itu, mereka memindahkannya ke hospital pakar wanita untuk menjalani pembedahan.

Ketika doktor membedah perut wanita itu, mereka menemui sekurang-kurangnya satu kilogram dadah di dalam perut dan alat sulit wanita tersebut.

Dadah berkenaan dibalut dengan pita pelekat. Selepas dadah itu dikeluarkan, mereka menghantarnya kepada Kementerian Awam manakala Gloria pula telah ditangkap.

Bagaimanapun hakim menyatakan bahawa penahanan Gloria tidak salah dan dia dibebaskan. Namun siasatan masih dijalankan.

Gloria dilaporkan pernah disabitkan dengan jenayah yang sama pada 2010 dan 2015. Dia memberitahu pihak berkuasa bahawa dia menetap di Ixtapaluca, namun enggan menyatakan dari mana dadah itu diperolehinya. – Mynewshub.cc


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.