Header Ads

Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa



Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
  1. Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (Jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa).
  2. Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka.
  3. Keluar haid atau nifas.
  4. Gila/Tidak siuman
  5. Murtad (Keluar dari Islam)
  6. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  7. Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari Bulan ramadhan)
Perkara-perkara sunat ketika berpuasa:
  1. Menyegerakan berbuka puasa.
  2. Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain
  3. Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat
  4. Memperbayakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
  5. Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin atau anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik
  6. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
  7. Mandi junub sebelum masukkanya waktu subuh.
Perkara-perkara makruh ketika berpuasa:
Bersuntik, berbekam, berkumur-kumur berlebihan, memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan, mandi secara berlebihan serta merasa masakan di hujung lidah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.