Header Ads

Direman 6 Hari Suspek Kes Samun Kedai Dobi


http://newdwest.blogspot.com/2018/09/direman-6-hari-suspek-kes-samun-kedai.html

SUNGAI PETANI – Suspek utama kes samun kedai dobi layan diri dan kedai runcit 24 jam yang diserahkan sendiri ibunya di balai polis semalam, direman selama enam hari bermula hari ini.

Selain lelaki berusia 21 tahun itu, Majistret, Nurul Rasyidah Mohd. Akit turut membenarkan tempoh reman yang sama buat isterinya yang berusia 32 tahun bagi membantu siasatan.

Kedua-dua mereka diwakili peguam, Shanmuham Ganesan.

Akhbar hari ini melaporkan kedua-dua individu berkenaan dibawa sendiri oleh ibu lelaki tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk diserahkan kepada polis semalam, setelah rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan perbuatan anaknya itu menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini polis masih memburu rakan lelaki itu dikenali sebagai Muhammad Asmuhairyl Abas, 20, yang dipercayai turut terlibat dalam perbuatan jenayah itu. – UTUSAN ONLINE

 Video Kredit :  V Studio

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.