Header Ads

Padah!!Lelaki Dibelasah Isteri Selepas Minta Cerai

http://newdwest.blogspot.com/2018/03/lelaki-dibelasah-isteri-selepas-minta.html

SEORANG suami yang tidak tahan lagi dengan isterinya yang sentiasa menderanya, telah dibelasah oleh wanita itu selepas dia meminta cerai.

Dalam kejadian yang berlaku semalam di Busan, Korea Selatan, si suami yang hanya dikenal pasti sebagai B dan berusia 23 tahun itu telah meminta cerai dari isterinya, A, kerana tidak tahan lagi dipukul.

A yang marah dengan permintaan suaminya telah merancang sesuatu yang tidak akan dilupakan lelaki itu. Dia beri pil tidur kepada B dan kemudian mencukur rambut suaminya hingga botak. A juga memukul B bertalu-talu.

Kedua-duanya yang mengalami masalah mental mengenali satu sama lain menerusi komuniti dalam talian untuk pesakit mental. Mereka berkahwin pada Januari lalu.

http://newdwest.blogspot.com/2018/03/lelaki-dibelasah-isteri-selepas-minta.html


Sejak berkahwin A menjadi ganas dan sering menggunakan kekerasan terhadap suaminya. Kes itu dilaporkan kepada polis. Pada mulanya polis mahu mendakwa A atas tuduhan cubaan membunuh.

Namun melihat kepada rekod penyakit mental yang dialaminya, pihak berkuasa hanya boleh mendakwa A atas tuduhan menyebabkan kecederaan fizikal pada suaminya. – MYNEWSHUB.CC

*Sekadar Video Hiasan..


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.