KOTA KINABALU 4 Jun - Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas-tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah bagi menggantikan Tan Sri Musa Aman untuk tempoh tertentu.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat dengan melihat kepada keperluan bagi menyelesaikan masalah yang wujud dalam parti.
“Salleh Said Keruak akan menjalankan tugas-tugas itu kerana kita yakin Musa akan memfokuskan kepada isu perundangan yang ditangani terutama petisyen pilihan raya.
“Ini keputusan yang kita buat untuk masa ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis Perjumpaan Bersama Perwakilan Negeri dan Majlis Iftar Ramadan bersama pemimpin-pemimpin UMNO negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh Boleh lawati Di: UTUSAN ONLINE,
Salleh jalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah© Utusan Melayu (M) Bhd
Ruangan Komen Anda